.

"Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik..."

SHARE:

Matahari semakin memuncak, sinar pagi semakin cerah. Hari yang dinanti-nantikan pun telah tiba. Mengikut perancangan ku hari ni aku akan m...


Matahari semakin memuncak, sinar pagi semakin cerah. Hari yang dinanti-nantikan pun telah tiba. Mengikut perancangan ku hari ni aku akan melawat rumah si dia untuk bertemu dengan keluarganya. Aku mula mempersiapkan diri dan menyiap sedia untuk hari yang penting ni.

Aku mulakan langkah dengan kaki kanan ketika hendak keluar rumah lantas membaca surah al-Insyaraa agar dipermudahkan urusan ku hari ni. Kunci kereta Proton Inspira ku capai, enjinnya dihidupkan lantas aku memandunya ke rumah pakcik Jeffri.


Sesudah 20 minit perjalanan, akhirnya sampai juga di rumah pakcik Jeffri. "Assalamu'alaikum . . ." aku memberi salam tetapi tiada yang menjawap, aku mengulangi salam ku tiga kali dengan nada suara yang semakin lantang dengan setiap satu salam. "Wa'alaikumusalam" Salam ku yang ketiga terjawap oleh seorang wanita berusia 40an yang juga ibu kepada Sakinah.

"Owh Amierul rupanya, jemputlah masuk." ujar makcik Hani.

Makcik menjemput menjemput aku masuk ke rumah sambil melemparkan senyuman kepada ku.

Aku hanya mampu membalas senyuman itu tanpa berkata apa-apa.

Setelah masuk kerumahnya aku dijemput duduk di atas sofa empuk berhadapan dengan suaminya pakcik Jeffri oleh makcik Hani lalu dia pergi ke dapur untuk menyediakan minuman. Namun tidak pula aku melihat kelibat Sakinah di mana-mana.

"Assalamualaikum pakcik" salam diberikan sambil aku menyalam tangan pakcik Jeffri.
Wajahnya nampak seakan seorang lelaki yang tegas dan garang, tapi aku berjaya menahan diri daripada terus kaku. Namun, tidak ku nafi jantung ku berdegup kencang.

"Wa'alaikumusalam. Kamu ni Amierul ye?" sapa pakcik Jeffri.

"Ya pakcik"

"Boleh kamu memperkenalkan diri kamu?"

"Maksudnya? Maaflah saya kurang jelas sikit"

"Maksudnya terangkan pada pakcik apa nama penuh kamu, dimana kamu tinggal dan lain-lain."

Aku diam sebentar cuba memikirkan apa yang patut aku terangkan, keadaan sunyi seketika dihiasi bunyi televisyen yang ditonton seorang budak, adik Sakinah barangkali.

"Nama saya Amierul Muqmin, lahir pada 12 Januari 1993, sekarang berumur 21 tahun dan masih menuntut di University Islam Antarabangsa Gombak dalam kos mechanical engineering."
"Ok, jadi apa urusan kamu jumpa pakcik hari ni?"

Aku mula kaku sekejap dan hairan dengan soalan yang ditujukan oleh pakcik. Pemikiran aku dah tak menentu memikirkan apa motif soalannya itu. Bukankah dia sudah tahu niat aku datang ke sini kerana ingin meluahkan hasrat untuk meminang anaknya sakinah?

"Saya datang ke sini sebab nak menyampaikan hasrat saya untuk meminang anak pakcik Sakinah untuk menjadi isteri saya." Ujar Amierul.

Makcik Hani keluar dari dapurnya lalu membawa 3 cawan dan satu jug air untuk dihidangkan. Aku hanya melihat makcik menuangkan air teh kedalam cawan. Setelah selesai makcik duduk disamping pakcik.

"Dah lama ke kamu kenal sakinah?" soalan yang membuatkan aku tersentap daripada lamunan keluar dari mulut pakcik.

"Lama juga pakcik, sejak sekolah menengah waktu saya tingkatan 5."

"Sejauh mana kamu kenal dengan Sakinah?"

"Saya kenal dia gitu-gitu je pakcik, kami sekarang jarang contact. Kebanyakkan yang saya tahu tentang dia pun daripada makcik Hani."

"Sekarang jarang contact? Dulu kamu selalu lah?"

"Hehe, dulu masa sekolah-sekolah dulu adalah lah juga selalunya. Tapi kami tak ada pun jiwang-jiwang atau yang seerti dengannya."

"Kamu ni serius ke nak nikah dengan Sakinah? Kamu kewangan pun tak ada lagi, nanti nak bagi anak bini makan apa? Pasir?"

"Ha'ah, saya serius pakcik. Tentang kewangan pakcik janganlah risau, saya akan usahakan selagi termampu. Sekarang pun saya ada kerja sambilan sambil belajar dengan gaji RM1200 sebulan. Lagi pun Allah ada berfirman :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."(Surah An-Nur ayat 32)

Selepas menjawap pertanyaan pakcik suasana kembali senyap. Aku mencari akal supaya dapat meneruskan perbualan.

"Makcik, Sakinah mana?" Tanya aku pada makcik Hani.
"Dia dalam dekat dalam bilik tu tengah terintai-itai dari bilik" sambil menunjukkan jarinya kearah bilik tidur Sakinah"

Aku menoleh dan nampak kelibat Sakinah tersengeh-sengeh dari biliknya yang tertutup dengan pintu separa rapat.

"Kamu dah fikir macam mana nak uruskan majlis pernikahan kamu nanti?" Tiba-tiba suara pakcik sekali lagi membuat aku tersentap.

"Dah pakcik, kalau boleh saya tak nak buat majlis besar-besaran dan tak nak bersanding dikhalayak ramai" jawap aku.

"Kenapa tak nak buat besar-besaran dan tak nak bersanding? Sebab kamu tahu harganya mahal? Kenduri yang sederhana pun ada la dalam RM14,000. Tu tak termasuk pelamin, hantaran, upah mak andam, baju pengantin dan lain-lain."

"Pakcik, saya rasa tak perlu semua tu, kan baik kalau kita ikut apa yang disyariatkan oleh Islam. Kami bernikah seperti biasa, takde bersanding apa semua kemudian kita buat walimatul urus untuk mewar-warkan"

"Nanti kalau tak buat pula apa kata jiran-jiran? Lagi pun bukan selalu, cuma sekali seumur hidup."
"Saya tak nak pakcik, mata-mata orang yang memandang isteri saya nanti bagaikan panah yang menusuk dada ni, lagi pun ini kan salah dari segi syariat Islam."
"Tapi orang lain ramai je yang buat"

"Itu antara mereka dengan Allah, saya tak nak cakap apa-apa. Sekarang ini antara saya dengan Allah, saya lebih rela mencari redha Allah daripada redha manusia."
"Baiklah kalau kamu berkeras pakcik akan bertolak ansur tapi hantaran pakcik nak RM15,000 boleh bagi?"

Keadaan semakin tegang, Makcik Hani kelihatan terkejut dengan permintaan suaminya dan cuba memujuknya agar direndahkan tetapi gagal kemudian diam membisu. Mungkin juga kabar angin yang mengatakan pakcik Jeffri seorang yang garang itu betul sampai isterinya juga tidak berani melawan meneruskan perbualan. Tapi aku sudah terdidik dan terbiasa untuk menjawap walau apa sekali pun pangkat atau garangnya seseorang itu.

"Err, pakcik boleh tak kalau kita tak buat hantaran? Lagipun saya tak ada duit sebanyak tu."
"Kalau semua tak boleh, apa yang bolehnya?"

"Erm, macam ni pakcik, hantaran tu kan bukan syarat sah kahwin. Jadi saya fikir cukuplah sekadar maharnya sahaja."

"Jadi apa maharnya?"

"Cukuplah sebentuk cincin. Itu pun dah cukup mahal bagi saya. Kalau bernikah dengan Sakinah bermakna mencerai Allah dan Rasul-Nya, saya lebih rela tidak bernikah dengan Sakinah daripada mengundang murka Allah."

Bukanlah niat aku untuk melebih dalam menjawap tapi aku tak sanggup menolak harapan aku untuk memperisterikan Sakinah yang tinggi menggunung. Tapi aku sedar aku kena hormat mereka sesuai dengan hadis.

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

"Pakcik tak puas hati, macam mana kamu nak tanggung anak bini kamu nanti sedang kamu masih belajar? Sakinah pun sama masih belajar. Boleh ke kamu nak menguruskan diri? Kalau kamu boleh buktikan dengan memberi hantaran sebanyak RM15,000, ada rumah sendiri, kereta sendiri dan harta untuk menanggung keluarga pakcik izinkan."

Si ibu yang mendengar kelihatan tersentap dengan keputusan suaminya tapi hanya mampu diam dan menundukkan pandangannya. Aku menoleh melihat ke bilik Sakinah, kelihatan dia juga resah yang mendengar perbualan kami.

Aku terkesima sekejap. Mana aku nak cari semua harta tu? Kalau pendapat aku macam ni, mahunya ambil masa 9tahun untuk ada semua tu. Pemikiran aku mula buntu, perasaan aku juga mula tak menentu. Aku mula tanya pada diri sendiri adakah aku sudah gagal? Tiba-tiba sesuatu terlintas difikiran ku, aku pasti apa yang aku fikirkan boleh menambah peluang aku untuk menikahi Sakinah. Sudah tentu lebih berisiko sebab pakcik Jeffri seorang yang garang.

"Pakcik boleh saya minta izin sesuatu dengan pakcik?"
"Apa dia?"

"Pakcik, izinkan saya berzina dengan anak pakcik"

PANNGGG!!! Tak pasal-pasal aku kena lempang dengan pakcik Jeffri. Kejadian ini membuatkan seisi rumah terkejut dengan tindakan pakcik jeffri. Makcik Hani terkejut dengan soalan yang aku ajukan begitu juga dengan tindakan pakcik Jeffri melempang aku. Pakcik Jeffri juga kelihatan marah.

"Kau fikir anak aku apa? Barang mainan yang kau boleh tukar ganti bila-bila masa? Cakap jangan ikut sedap mulut!" Tengking pakcik jeffri dengan nada yang keras.

Keadaan sudah semakin tegang. Makcik Hani cuba untuk menenangkan suaminya. Mulut aku pecah, bibir aku mula mengeluarkan darah. Aku cuba bertenang dan menarik nafas untuk mulakan bicara.

"Pakcik, saya rasa pakcik dah sedia maklum kenapa banyak maksiat dekat luar tu berlaku sampai terjadinya pembuangan bayi. Sebab benda macam ni lah, ibu bapa meletakkan syarat yang terlalu berat sehinggakan pihak lelaki terpaksa menangguhkan hasratnya untuk bernikah. Kita bukannya malaikat, kita hanyalah manusia yang mempunyai nafsu." Jawap aku sambil menundukkan pandangan kearah sisi bawah bahagian kanan ku dengan nada yang tenang.

"Dah habis apa yang kau nak cakap?" Tanya pakcik dengan nada yang kurang keras daripada sebelumnya.

"Ada lagi pakcik, motif saya minta izin kerana saya nak pakcik tahu saya dan dia nak berzina sebab rata-rata ibu bapa tak tahu anak-anak mereka sedang berzina. Zina ni bukan yang berat-berat yang sampai melahirkan anak luar nikah, ada juga zina yang ringan-ringan macam zina mulut, tangan, telinga, hati dan lain-lain. Tapi yang ringan-ringan ni lah akan menjadi berat kalau tak dikawal. Kita manusia hanya mampu merancang tapi Allah lah yang menentukan." jawap aku tanpa sedikit pun mengangkat pandangan ku.

Makcik Hani mula menitiskan air mata, aku tak pasti kenapa tapi terasa juga serba salah dalam hati ini dengan permintaan ku yang tak munasabah.

"Betul apa yang Amierul katakan tu abang. Abang pertimbangkanlah kata-kata abang tu, Hani tengok Amierul bersungguh-sungguh nak nikah dengan anak kita." kata makcik Hani kepada suaminya.
"Erm." Pakcik Jeffri juga kelihatan buntu tidak tahu apa yang patut dikatakan.

Keadaan kelihatan semakin renggang. Azan Zuhur mula berkumandang. Mata aku lembut memandang Sakinah di pintu biliknya sedang menahan air mata yang berguguran begitu juga dengan Makcik Hani. Pakcik Jeffri hanya diam tidak terkata.

"Pakcik saya minta maaf sebab kata-kata saya menyakitkan hati pakcik dan makcik, saya dah tak tahu apa yang boleh saya katakan lagi. Sebelum saya meminta diri sekali lagi saya minta maaf pada pakcik." Ujar aku sambil menghulurkan tangan untuk menyalam pakcik Jeffri tanda perpisahan.

Salam ku tidak disambut mesra seakan-akan tidak rela untuk menyalam ku. Makcik Hani meminta aku bersabar dengan apa jua yang bakal terjadi. Aku memberi salam lantas menyusur langkah keluar daripada rumah. Sesampai dikereta aku menoleh memandang rumah pakcik Jeffri seketika lantas masuk ke dalam kereta untuk ke Masjid untuk menunai solat Zuhur.

Setelah selesai solat Zuhur berjemaah, aku mengenang kembali apa yang terjadi hari ini. Cara salam ku disambut bagaikan sudah cukup jelas bahawa hasrat ku ditolak. Aku teringat kisah hidup aku dari saat pertama kami kenal hingga sekarang. Aku mula membanyangi kisah hidup ku.

Aku ingat lagi saat pertama kami berjumpa, waktu Naim bagitahu dia tanpa rela bahawa aku suka dia. Dia tegur di Facebook dan minta penjelasan. Aku jelaskan segalanya termasuk juga hasratku untuk menikahi mu. Tapi kau selalu tolak, macam-macam alasan keluar sehingga aku hampir putus asa. Pelik kenapa ada suatu saat tu dia pula yang cuba mendekati? Mungkin pintu hatinya sudah terbuka.

Persahabatan kami menjadi semakin akrab. Pernah sekali tu dia merajuk sebab gurauan aku yang tak kena tempat dengan mengatakan hasrat ingin berpoligami. Payah betul nak pujuk dia, sampaikan aku sendiri menitiskan air mata takut kehilangan dia. Time-time sedih boleh pula dia gelakkan aku sebab titiskan air mata. Ini juga disebabkan Naim pecah lobang pergi bagithu dia aku nangis. Sekurang-kurangnya selesai juga satu masalah.

Aku ingat lagi saat pertama kali aku mengenali makcik Hani, entah berapa kali aku datang ke majlisnya dan ingin menyampai hasratku untuk bernikah dengan dia tapi ada je benda menghalang. Kira macam tak ada rezeki lah tu. Tapi setelah tiba masanya, ini pula yang berlaku.

Kami tak pernah bersua muka, suara dia pun aku tak tahu macam mana, hanya SMS dan FB serta doa menjadi tempat kami berhubung. Biarpun hanya dalam SMS tapi banyak kenangan yang tercatit. Aku terlalu inginkan dia menjadi yang halal buat aku.

Aku percaya dia juga boleh bantu aku mendidik anak-anak aku tanpa hanya mengharap cikgu di sekolah untuk menjadi insan yang berjaya. Aku tak nak anak-anak aku kurang mendapat kasih sayang keluarga seperti kebanyakkan keluarga zaman sekarang. Aku juga tak nak segala keperitan yang aku rasa sepanjang hidup aku terjadi pada anak-anak aku. Aku mahukan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga aku.

Dia bagi syarat kalau nak dengar suara tunggu kami sah dulu. Kami betul-betul menjaga batas dan hanya akan bercinta hanya selepas bernikah. Tapi sekarang semua itu bagaikan tinggal kata-kata kosong. Aku mula menitiskan air mata disaat segala bagaikan sudah pergi jauh. Aku berdoa untuk tenangkan hati ni dan meminta petunjuk dari-Nya.

Setelah doaku di aminkan, datang satu SMS daripada makcik Hani.
"Assalamu'alaikum Amierul.. Kami sekeluarga dah berbincang dan setuju untuk satukan Amierul dengan Sakinah.. Pakcik juga dah setuju dengan keputusan ini.. Jemputlah datang bawa rombongan meminang minggu depan.. Terima Kasih"

Air mata aku semakin deras mengalir. Bertapa syukurnya aku rasa Akhirnya hasrat yang ku pendam selama ini termakbul juga. Aku terus sujud tanda syukurnya aku pada Allah S.W.T . . .
*Alhamdulillah~

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: "Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik..."
"Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik..."
http://3.bp.blogspot.com/-IDOM5xsyxdA/VfKULVSvw1I/AAAAAAAAPZg/uAh9WXM2Yhk/s640/cik.png
http://3.bp.blogspot.com/-IDOM5xsyxdA/VfKULVSvw1I/AAAAAAAAPZg/uAh9WXM2Yhk/s72-c/cik.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2015/10/izinkan-saya-berzina-dengan-anak-pakcik.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2015/10/izinkan-saya-berzina-dengan-anak-pakcik.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy