.

Ciri-Ciri Lelaki Playboy Atau Kaki Perempuan

SHARE:

Jom ketahui apa ciri-ciri lelaki Playboy, bagaimana cara mengenali lelaki Playboy atau kaki perempuan ataupun lelaki kasanova? Secara das...


Jom ketahui apa ciri-ciri lelaki Playboy, bagaimana cara mengenali lelaki Playboy atau kaki perempuan ataupun lelaki kasanova? Secara dasarnya, Lelaki Playboy adalah lelaki yang mempunyai ramai teman wanita dan bagi mereka seorang teman wanita adalah tidak mencukupi buat mereka.

Lelaki Playboy tidak semestinya mempunyai rupa paras yang hensem, macho atau kacak. Rupa biasa-biasa sahaja pun boleh menjadi playboy asalkan mereka mempunyai ciri-ciri seorang Playboy. Lagilah kalau rupa hensem adalah satu bonus untuk mereka. Mereka juga sanggup berpura-pura mengenepikan sifat wanita yang dibenci lelaki untuk menjadi Playboy.

Di bawah ini ialah 10 senarai ciri-ciri lelaki playboy yang perlu anda tahu, khususnya bagi kaum perempuan:

Apa Ciri-Ciri Lelaki Playboy Atau Kaki Perempuan, Kasanova


1) Sangat Mudah Mengungkapkan Kata Cinta
Lelaki Playboy sangat mudah untuk mengungkapkan kata cinta atau I Love U kepada wanita yang baru dikenalinya. Kalau ada lelaki yang mengungkapkan kata cinta beberapa hari sahaja selepas berkenalan, sila berhati-hati kerana hampir pasti lelaki itu seorang Playboy dan tidak serius dan cuma main-main sahaja.

2) Banyak Kawan Perempuan
Salah satu ciri-ciri wajib bagi lelaki playboy atau kaki perempuan ialah mempunyai banyak kawan perempuan. Oleh itu, jangan hairan kalau ada antara rakan-rakan anda kenal dengan dia.

3) Tidak Menjawab Panggilan Telefon/Whatsapp/WeChat/SMS dll
Lelaki Playboy jarang mahu menjawab sebarang panggilan ketika bersama anda kerana kemungkinan wanita lain yang menelefonnya ketika itu. Kalau dia sudah kerap sangat tidak menjawab panggilan telefon, maka besar kemungkinan wanita lain yang menelefonnya. Begitu juga dengan mesej dari Whatsapp, WeChat, Messenger, SMS dll. Awas, kalau mereka ada menunjukkan yang mereka membalas panggilan/message secara sembunyi-sembunyi.

4) Pandai Berkata-kata
Lelaki Playboy sangat pandai berkata-kata dalam perbualannya walaupun kebanyakannya cuma kata kosong atau temberang semata-mata. Mereka juga sangat pandai memujuk wanita dan membuatkan hati mereka cair.

5) Suka Berahsia Akan Aktivitinya
Mereka tidak akan suka menunjuk-nunjuk akan aktiviti sehariannya kerana takut kantoi dan orang akan tahu akan cintanya curang. Mereka juga akan hanya memberitahu akan aktiviti mereka apabila dianya bermulang kali dengan tidak berapa rela.


6) Mempunyai Lebih Daripada Satu Nombor Telefon
Lelaki playboy biasanya akan menggunakan nombor telefon yang berlainan untuk memikat wanita. Biasanya satu nombor memang untuk personal dan nombor-nombor yang lain digunakan untuk memikat wanita-wanita di luar sana. Lelaki Playboy ini juga kerap bertukar nombor telefon.

7) Pentingkan Privasi Sendiri
Mereka tidak suka dan tidk benarkan orang lain menggunakan dan membelek-belek kandungan dalam handphone mereka. Dan jika dia benarkan pun, pasti akan ada banyak access yang di lock seperti applikasi Whatsapp, WeChat, Facebook dan SMS bagi memastikan orang lain tidak dapat melihat kandungnnya.

Ciri-Ciri Lelaki Playboy Atau Kaki Perempuan

8) Tidak Serius Dalam Perhubungan
Kalau dah namanya Playboy, memang serius dalam perhubungan tiada dalam hidup mereka. Oleh sebab itu, lelaki Playboy ini biasanya akan menunjukkan sikap seolah-olah dia serius dan mengambil berat pada awal perkenalan sahaja walaupun yang sebenarnya mereka tidak serius dalam relationship mereka. Sekejap sahaja mereka akan kembali ke sifat asal dan memberi banyak alasan.

9) Suka Bergaya dan Pentingkan Penampilan
Lelaki yang Playboy sangat pentingkan penampilan dan suka bergaya. Mereka juga tidak suka kelihatan selekeh jika keluar dari rumah. Melalui penampilan juga mereka akan cuba memikat wanita-wanita lain yang mereka minat.

10) Mudah Mesra Dengan Perempuan
Lagi ciri-ciri Lelaki Playboy biasanya mudah mesra dan ramah dengan kawan perempuan yang baru dikenali sebab mereka memang sudah masak dengan sikap perempuan. Walaubagaimanapun, tidak semestinya semua lelaki yang mesra dan ramah dengan perempuan itu adalah Playboy. [Kakipromo]

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Ciri-Ciri Lelaki Playboy Atau Kaki Perempuan
Ciri-Ciri Lelaki Playboy Atau Kaki Perempuan
http://kakipromo.com/wp-content/uploads/2015/06/Ciri-Ciri-Lelaki-Playboy-Atau-Kaki-Perempuan.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2015/10/ciri-ciri-lelaki-playboy-atau-kaki.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2015/10/ciri-ciri-lelaki-playboy-atau-kaki.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy