.

Mak Beritahu Dia Teringin Sangat Hendak Meninggal Dunia Di Mekah - Anak Allahyarham Rusiah Suar

SHARE:

"Impian mak untuk meninggal dunia di Mekah termakbul,"  itulah kata-kata yang terkeluar daripada mulut anak ketiga Allahyarham R...


"Impian mak untuk meninggal dunia di Mekah termakbul," itulah kata-kata yang terkeluar daripada mulut anak ketiga Allahyarham Rusiah Suar, 56, ketika ditemui oleh kru Astro Awanidi rumahnya di Felda Besout 2, Sungkai, Perak.

 Rusiah Suar adalah jemaah haji Malaysia yang telah disahkan terkorban dalam tragedi kren runtuh di Masjidil al-Haram Jumaat lalu.

Menurut Hariyanti Ahmad Badri, 31, mereka redha pemergian ibu tersayang berkenaan dan menganggap apa yang terjadi itu adalah ketentuan Allah.

"Dia tidak banyak bercakap beberapa hari sebelum berangkat ke Mekah. Kami ingatkan dia fokus hendak pergi menunaikan ibadat haji.

"Dia ada beritahu, emak teringin sangat hendak meninggal di sana (Mekah). Senang semua. Kami cakaplah jangan cakap macam itu emak, kita hendak pergi jauh.

"Sebagai anak saya sedih atas pemergiannya, tetapi kami reda sebab perkara itu memang diidamkan oleh umat Islam," katanya dipetik dari Astro Awani, malam tadi.

Menurut beliau lagi, berita tentang kematian ibunya itu telah dimaklumkan oleh pihal Lembaga Tabung Haji (TH) yang telah datang ke rumah mereka kira-kira 7.45 malam tadi.

"Pihak Tabung Haji memberitahu menemui mayat ibu di sebuah hospital di Makkah, namun mereka tidak memaklumkan bagaimana insiden itu berlaku," katanya.

Beliau turut dimaklumkan oleh pihak TH bahawa mereka akan menguruskan proses pengebumian ibunya di Mekah.

Hariyanti memberitahu berita pertama tentang keadaan ibunya itu telah dimaklumkan oleh rakan sebilik ibunya bahawa arwah rebah dan pengsan ketika insiden itu berlaku.

"Selepas menerima berita insiden itu, saya meminta suami menelefon kawan ibu saya untuk bertanya keadaan yang berlaku dan dia memberitahu ketika melakukan saei, kren jatuh mak saya terus rebah.

"Ketika itu, kawan-kawan emak hendak tolong tetapi orang di sana tidak benarkan. Selepas itu kawan-kawan emak terus terputus hubungan dengan emak," katanya. - Siakapkeli.my

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Mak Beritahu Dia Teringin Sangat Hendak Meninggal Dunia Di Mekah - Anak Allahyarham Rusiah Suar
Mak Beritahu Dia Teringin Sangat Hendak Meninggal Dunia Di Mekah - Anak Allahyarham Rusiah Suar
http://2.bp.blogspot.com/-XVE7t2RBGQA/VfY7fQm_HpI/AAAAAAAAWr0/bvo5IIrAXGA/s640/arwah1.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-XVE7t2RBGQA/VfY7fQm_HpI/AAAAAAAAWr0/bvo5IIrAXGA/s72-c/arwah1.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2015/09/mak-beritahu-dia-teringin-sangat-hendak.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2015/09/mak-beritahu-dia-teringin-sangat-hendak.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy