.

Harga Rumah Semakin Mahal, Lelaki Ini Nekad Buat Rumah Kontena

SHARE:

9 bulan lalu saya berangan mahukan motor besar, sebab nak bergaya sedangkan saya masih menyewa. Saya baca sana-sini orang mengeluh ruma...


9 bulan lalu saya berangan mahukan motor besar, sebab nak bergaya sedangkan saya masih menyewa. Saya baca sana-sini orang mengeluh rumah mahal. Saya termasuk dalam golongan tersebut dan memikirkan apalah nasib kita zaman sekarang, sungguh hebat cabarannya untuk hidup selesa. Kerajaan perlu lebih kuat berusaha. Tunaikan janji mereka dan kita juga mesti berusaha.

Permohonan saya untuk beli motor diluluskan, tapi saya tidak sain dulu, saya fikir lagi dalam-dalam, betul ke apa yang aku nak buat ni? Sebab dah ada komitmen kereta Perodua Viva sebiji. Jadinya saya buka laman web iklan percuma, saya cari, apa yang saya boleh dapat dengan RM30 ribu selain motorsikal yang saya idamkan.

Tanah. Ya sebuah tanah lot diiklankan di laman web tersebut. Memikirkan kos sewa di Shah Alam sebanyak RM500 sebilik, selama 5 tahun saya akan rugi RM18 ribu. Habuk saya dapat, property tiada. Motor bukan pilihan saya akhirnya. Saya batalkan loan tersebut.

Saya nekad membeli tanah lot tersebut, berkeluasan 2400 kaki persegi, bumiputera & freehold. Bukaan 80 kali 30 kaki, lokasinya di Teluk Panglima Garang, 25KM dari Shah Alam tempat saya bekerja ketika itu.

Beli tanah nak tinggal mana? Komitmen dah bertambah ni, bukan sikit bayar bulanan pinjaman peribadi selama 5 tahun, saya pinjam RM75 ribu personal loan untuk dibayar selama 5 tahun, beserta kereta, anda boleh bayangkan bertapa sengsaranya ketika itu untuk membayar bulanan. Tapi saya gagahkan. Komitmen sebulan kini RM1800 tak termasuk lain-lain benda nak dibeli dan dibayar. Gaji ketika tu RM3500, tolak EPF tinggallah beberapa sahaja.

Hasilnya, selepas saya melakar dan membuat research di Internet, saya tekad untuk membina rumah dari unit Kontena terpakai. Ya kontena buruk yang dibuang syarikat-syarikat logistik yang tak layak naik kapal lagi. Saya belanjakan RM35 ribu lagi untuk semua urusan pembinaannya.

Sebiji kontena 20 kaki (1 TEU) saya beli dan potong, saya tambah tingkap, pintu, exhaust fan, cat antikarat luar dan dalam serta pasang lantai getah vinyl. Saya panggil abang saya, “Wan, tolong aku buat rumah”. “Ok dik abang tolong ko belilah barang, upah bayar kemudian”. Lega saya mendengar, mak ayah saya time tu belum tahu sepenuhnya pelan saya, mereka cuma tahu saya beli tanah. Kemudian terpaksa, saya ceritakan kepada mereka, mereka senyum dan bersetuju. Anak mereka sorang ni memang mereka tahu istimewa. hehe.

Seminggu pertama, saya ratakan tanah, bersihkan semua semak-samun, korek lubang untuk tangki septik, saya tempah 15 lori simen terpakai (pasir kotor) saya ratakan sebagai alas konkrit 1 kaki. Sementara menunggu kering, saya berulang dari Shah Alam ke Banting untuk pastikan kontena saya siap sebab masa adalah amat terhad, dan semuanya adalah kos yang saya tak mampu nak hadap lama-lama, sebab hari berjalan, upah juga berjalan.

Penghujung September 2014 adalah tarikh akhir kontrak sewaan rumah saya di Spira Alam Impian Shah Alam, saya boleh kata homeless pada tarikh itu. Kontena masih belum siap!

Arghhhhh!!!, stress, mana nak tidur? Saya tekan lagi mereka supaya segerakan proses mengimpal dan cat, akhirnya pada tanggal 31 Oktober, kontena tersebut dipindahkan menggunakan sebuah lori Side Loader walaupun belum siap, cat belum kering sepenuhnya, lantai vinyl belum lekat, tandas belum ada, api air? Jangan cerita. Tidur tak cukup, makan tak lena selama 2 minggu sebelum kontrak sewa tamat

Mujur lokasi tanah dibeli berhampiran dengan jiran yang benar-benar ambil berat. Acok dan isteri memberi saya sumber air selama sebulan, beserta api. Ayah dan mak naik lori datang dari Johor bawa barang-barang peribadi saya yang lain. Hari itu hari yang betul-betul menyentuh hati saya. Nak rumah sendiri sangat kan? Hah mendapat dah rumah dan rumah ni bukan sebarangan rumah dan keluarga saya sokong sepenuhnya buat saya bertambah terharu.

Tong air, kerusi tandas duduk terpakai, wayar-wayar lama, zink, simen lebihan, papan semua ayah saya bawa naik lori. Abang saya dengan beberapa pekerja juga mula membantu, mereka memulakan dengan pembinaan tapak bilik air dan dapur. Ketika itu rumah masih 1 tingkat, tingkat atas belum dibina, air pun masih pinjam jiran, permohonan air dan elektrik saya hantar kepada Syabas dan TNB pada hari kedua.

Sebulan menunggu, akhirnya diluluskan. Bukan mudah tapi tidak mustahil. Ikut aturan dan prosedur mereka. TNB mensyaratkan pendawaian lengkap oleh individu bertauliah dan mestilah menutup box meter supaya renjatan tidak berlaku, begitu juga sambungan pembumi. Syabas pasang meter seminggu selepas itu. Maka terputuslah pergantungan saya kepada jiran saya yang baik hati. Sepanjang sebulan saya tidur di sana dengan rumah yang bertutupkan kanvas, tidur di atas lantai sorang-sorang tiada siapa yang tahu. Yang tahu viral sahaja masuk Astro Awani dan surat khabar Kosmo dan lain-lain.

Panas? Memang panas pada awalnya, tapi setelah saya siapkan tingkat kedua berbumbung, suhu turun mendadak, dan saya pasangkan pendingin hawa 1.5HP untuk lebih keselesaan. Perlahan-lahan saya tambah baik rumah ini. Kawan-kawan dari jauh datang bantu, sayunya ketika itu. Saya tak tahu bagaimana nak luahkan perasaan saya, hanya Allah dapat membalas jasa baikmu wahai kawan-kawanku.

Duit sudah habis, rumah tak juga siap, nasib baik bonus masuk pada awal Januari, saya gagahkan belanjakan duit itu untuk bayar upah tertunggak dan perkemas lagi keadaan di dalam rumah, saya buat kebun di halaman rumah, saya tanam sebolehnya apa yang boleh dimakan.
Ubi kayu? Ada. Kiranya semua yang kontang ada ditanam sekeliling rumah. Kacang, bendi, cili, keledek kolam ikan pun saya buat. Orang tak nampak susah kita, tapi saya teruskan jua. Itu sahaja cara saya boleh berjimat. GST pun nak bermula, kos hidup pasti meningkat.

Kini saya sudah boleh kata selesa, saya sudah ada rumah sendiri, sempit atau nak tambah ruang? Bila-bila masa saya boleh tambah. Beli kontena lagi, tenggek atas kontena sedia ada. Kita pun kalau dah kawin, belum tentu buat anak tiap-tiap tahun bukan? Jadi dengan ruang terhad yang ada sekarang, saya gunakan sepenuhnya, itupun ada kalanya saya tak naik tingkat atas dekat seminggu. Sebab semuanya ada di tingkat bawah, cepat dicapai, mudah disedia, mudah dikemas. Kawan-kawan dan jiran tetangga datang, mereka lepak di ruang atas menonton TV di atas.

16 orang ahli keluarga saya datang menginap, tiada masalah. Ok jer. Tapi saya tak faham dengan haters-haters di luar sana. Mereka mengkritik keras apa yang saya bina. Ini rumah saya. Saya tidak meminta sesiapa, yang susah saya yang senang saya. Rumah kecil bagi saya is a place to live big. Big houses bukan idaman saya. Anda diluar sana, kalau terdetik nak memiliki rumah, belilah kalau mampu. Sewa lah jika perlu. Rumah RM250 ribu besar itu sahaja, lama-lama buruk juga. Nak modify dah reput, kontena, anytime saya boleh upgrade, silap aribulan 10 tingkat saya buat, saya sewakan 8 tingkat untuk haters-haters di luar sana. Untuk bergaya biar kena pada cara.

Jika diikutkan, saya tidak akan membeli rumah dengan hutang selama 30 tahun, bersesak berebut parking atau duduk diapartment yang rata-rata pentingkan diri dan masalah sampah, lift saban hari. Biarlah saya susah bayar sekarang. Senang kemudian. Saya masih bujang dan masih muda, bagi saya masih banyak boleh saya lakukan ketika sihat dan tidak mengapa hidup susah ketika ini. Saya ada semua yang saya impikan, dan saya akan teruskan sebuah lagi impian, mengubah MPV yang baru saya beli kepada Karavan. Rezeki juga amat misteri, akhirnya saya mampu dapat motorsikal yang saya idamkan selepas 7 bulan rumah dibina.

Pada anda di luar sana, saya bukanlah orang kaya mana. Anak felda je. Mak ayah saya dulu buat rumah sendiri juga. Kalau mereka boleh, kenapa tidak kita? Saya pun bekerja, sibuk juga, boleh sahaja uruskan masa untuk menyiapkan semuanya. Untuk tambahan, saya juga menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan, saya buat Freelance Web Designing sebagai income tambahan, saya bela ayam kampung dengan kawan-kawan, saya tanam pokok stevia dan lain-lain asalkan halal jadi duit. Anda patut mencuba, seronok, ternyata berbaloi mencubanya. Siapa kita nak salahkan kalau duit tak cukup? Kerajaan atau kita sendiri tidak berikhtiar?

Saya Muhamad Azree Abd Rahim, berumur 26 tahun dan ini kisah hidup saya yang baru ingin bermula…

In life, you need either strong courage or good family and friends or simply just having them all





































Fakta
Tanah : RM35,000
Keluasan: 80 X 30 kaki = 2400 kaki persegi
Pembinaan rumah kontena dan tingkat tambahan serta lain-lain kos tersembunyi: RM 50,000.

Jumlah RM85,000.
Pinjaman peribadi 5 tahun : RM75 ribu
RM10,000 dari duit bonus bekerja
Kelengkapan rumah: Alhamdulillah semua ada, Aircond, astro internet semua ada.

Bagaimana anda boleh juga bermula? Layari www.rumahkontena.com untuk membaca kisah saya dan ketahui caranya.

Link penuh galeri gambar projek rumah kontena: http://muhamadazree.imgur.com/
@ www.rumahkontena.com atau FB & instagram @rumahkontena

Facebook: Muhamad Azree

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Harga Rumah Semakin Mahal, Lelaki Ini Nekad Buat Rumah Kontena
Harga Rumah Semakin Mahal, Lelaki Ini Nekad Buat Rumah Kontena
http://2.bp.blogspot.com/-ZgP2qSuLG7s/VgJX-3KAytI/AAAAAAAAqxc/JPVzgnRw4mU/s1600/1.png
http://2.bp.blogspot.com/-ZgP2qSuLG7s/VgJX-3KAytI/AAAAAAAAqxc/JPVzgnRw4mU/s72-c/1.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2015/09/harga-rumah-semakin-mahal-lelaki-ini.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2015/09/harga-rumah-semakin-mahal-lelaki-ini.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy