.

Gambar: 'Manusia Gelang' Tarik Perhatian Di Festival Kraftangan Sarawak!

SHARE:

KUCHING – Peluh Anak Abeh, 64, yang berpakaian tradisional masyarakat Bidayuh dan sedang duduk bersebelahan suaminya Bohong Anak Titing, 6...



KUCHING – Peluh Anak Abeh, 64, yang berpakaian tradisional masyarakat Bidayuh dan sedang duduk bersebelahan suaminya Bohong Anak Titing, 67, di sebuah gerai pada Festival Kraftangan Sarawak di Kuching Waterfront di sini menarik perhatian ramai.

Orang ramai bukan sahaja tertarik dengan pakaian dan ketekunan mereka menghasilkan gegelang tembaga ‘ruyang’ dan rusung’ tetapi juga kepada lingkaran gegelang tersebut yang dipakai oleh Peluh pada lengan dan betisnya.

Selain itu Peluh yang juga merupakan penari tradisional Bidayuh turut memakai rantai leher manik yang dipanggil ‘tumbih’.

Pasangan tersebut yang merupakan suku Semban iaitu sebahgian daripada kaum Bidayuh dijemput oleh Perbadanan Pembangunan Kraftangan Malaysia untuk mempamer kemahiran mereka pada festival itu yang bermula Jumaat lepas hingga Ahad depan.

Peluh dan Bohong yang berasal dari Kampung Semban, tanah tinggi Padawan kini menetap di Skim Penempatan Semula Bengoh dekat Kampung Semadang di Penrissen dua tahun lalu, selepas perkampungan mereka dijadikan sebagai sebahagian daripada kawasan Projek Empangan Bengoh.

Pemakaian ruyang dan rusung yang turut dipakai pada leher kini dikhuatri semakin pupus kerana hanya segelintir sahaja yang memakainya.

“Hanya tujuh orang wanita Semban yang kini memakai gelang di Kampung Semban, bertambah tiga orang berbanding tahun lalu,” kata Peluh.

Beliau berkata pada masa lalu wanita Semban mula memakai ruyang dan rusung sejak umur 10 tahun dan perlu menukarnya kepada gelang lebih besar ketika usia mereka semakin meningkat.

“Dahulu kalau nak memakainya bukan murah. Gelang dibawa oleh penjual ke kampung setelah meredah hutan, sungai, sawah, air terjun, titi gantung berjam-jam lamanya,” katanya.

Mengenai kesukaran memakai gelang, “Mula-mula rasa sakit, tapi bila dah biasa, tak lagi rasa sakit. Saya pakai walaupun saya bekerja di ladang di tengah panas,” ujar Peluh sambil menggosok-gosok gelang yang disusunnya dengan buah limau agar lebih bersinar.

Beliau berkata pada asalnya memakai ruyang dan rusung adalah untuk kelihatan cantik dan hanya si pemakai yang dibenar untuk menyertai majlis keraian dan menari tarian ‘rejang’ atau tarian burung helang.

Bohong pula berkata pemakai gelang di kawasan penempatannya kini digemari untuk diajak bergambar bersama pengunjung.

“Pengunjung datang untuk ambil gambar bersama kami,” katanya. – BERNAMA

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Gambar: 'Manusia Gelang' Tarik Perhatian Di Festival Kraftangan Sarawak!
Gambar: 'Manusia Gelang' Tarik Perhatian Di Festival Kraftangan Sarawak!
http://i0.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/09/gelang.jpg?w=700
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2015/09/gambar-manusia-gelang-tarik-perhatian.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2015/09/gambar-manusia-gelang-tarik-perhatian.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy