.

Dapat Hidayah, Alvin Tan Akhirnya Mula Belajar Islam?

SHARE:

KUALA LUMPUR – Penulis blog kontroversi, Alvin Tan, telah berkongsi dan memuat naik gambarnya yang sedang  memegang buku-buku berkaitan I...

alvin

KUALA LUMPUR – Penulis blog kontroversi, Alvin Tan, telah berkongsi dan memuat naik gambarnya yang sedang memegang buku-buku berkaitan Islam di sebuah masjid di Los Angeles, menerusi laman ‘Facebook’nya, pagi tadi.


Perkara itu mendapat perhatian masyarakat Islam di negara ini, bahkan ada yang turut mendoakan mudah-mudahan
hidayah tersebut sampai kepada Alvin untuk terus mendalaminya, sekali gus memeluk agama Islam.


Menerusi kenyataan Alvin, disebabkan saranan dan galakan daripada umat Islam, maka dia membuat keputusan untuk
menghayati agama Islam.


“Hari ni aku ade sikit masa lapang, jadi aku pergilah masjid di Los Angeles, atas galakan dan saranan umat2 Islam kat
page aku. Bila aku masuk ruang legar tu, pak Imam dah jemput masuk… Aku pon katalah, “I want to learn more about
Islam,”katanya.


Alvin turut berkongsi menerusi pengalamannya berada di dalam masjid tersebut, dimana dia sempat menghayati
keindahan motif, corak dan tulisan yang memenuhi ruang dinding masjid tersebut.


“Kat dlm masjid tu mmg indah, dindingnya penuh dgn tulisan Jawi dan petikan2 daripada Al Qur’an… Pak Imam tu
terangkan Islam pd aku, semua basics yang aku dah tau (5 pillars of Islam, 6 basic principles, etc.), tapi aku sibuk melihat
design dan estetik masjid.


“Aku nak tangkap gambar, tapi dalamnya depa tulis, “No photography or videography is allowed.” Biarpon begitu, aku ajak
sekali Pak Imam tu ambik selfie. Tau ape dia kata, “I have no problems with photographs, but I don’t know how you intend
to use this photograph.” Iisshhh, sensitip pulak tu.


“Jd yg sy sempat tangkap hanyalah selfie aku di perkarangan masjid, bersama2 bahan bacaan yg diberikan oleh Pak Imam
tersebut. Akhirnya dengan membuat hashtag #‎Allahuakbar‬.


Alvin yang mendapat 6,437 like 533 share itu kemudiannya sekali lagi memuat naik statusnya lima jam yang lalu, tidak
berpuas hati dengan segelintir penyokongnya yang akan berhenti menyokong sekiranya dia memeluk agama Islam.


“Dahsyat org kat page aku ni… Dah ade segelintir penyokong aku yg PM aku, ckp kalau aku betul2 masuk Islam, depa akan
henti sokong aku serta-merta,”katanya.


Terdahulu, Alvin yang sebelum ini dikatakan telah melarikan diri ke luar negara, kerana membuat kenyataan jenayah
terhadap anak perempuan Datuk Seri Dr Ahmad‎ Zahid Hamidi, Nurul Hidayah di laman Facebooknya, Ogos lalu.


Alvin yang membuat kenyataan tersebut bersama pautan mengenai kenyataan Nurul mengenai perhimpunan Bersih 4.0.


Kenyataan jenayah tersebut menjadi viral dan dikongsi di laman sosial dan aplikasi komunikasi.- SuaraTV

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Dapat Hidayah, Alvin Tan Akhirnya Mula Belajar Islam?
Dapat Hidayah, Alvin Tan Akhirnya Mula Belajar Islam?
http://www.suara.tv/wp-content/uploads/2015/09/alvin.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2015/09/dapat-hidayah-alvin-tan-akhirnya-mula.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2015/09/dapat-hidayah-alvin-tan-akhirnya-mula.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy